Terlihat sepasang burung terbang lalu hinggap di pohon kurma tempat Abu Bakar dan Umar berehat, lalu Abu Bakar berkata: "Wahai burung, kamu lebih bertuah daripada saya kerana dapat mencari makanan dan berterbangan ke sana sini tanpa perasaan takut pada hari pembalasan. Alangkah baik jika saya menjadi seperti kamu."
Abu Bakar menangis kerana takutkan kemurkaan Allah, lalu Umar memujuknya sambil berkata: "Wahai sahabatku Abu Bakar, kamu beruntung kerana Rasulullah s.a.w sudah memberi jaminan yang tempatmu di akhirat kelak di dalam syurga. Malah kamu mendapat kedudukan yang utama di antara penghuni syurga. Rasulullah telah bersabda bahawa setiap pintu syurga menyeru nama Abu Bakar. Dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."
"Benarkah apa yang kamu katakan itu wahai sahabat?" tanya Abu Bakar meminta kepastian. "Rasulullah s.a.w sudah mengucapkan kata-kata itu di hadapan orang ramai. Selepas mendengarnya, saya terus ke sini mencari kamu. Marilah kita bertemu dengan Rasulullah", jawab Umar.
~Khalifah-khalifah Yang Benar~
Home »
motivasi sukses
» KAMI SAYANG ROSULULLAH


0 komentar:
Posting Komentar